Tuesday 22 March 2011

LOMBONG EMAS DIBUMBUNG RUMAH

SI LIUR EMAS


SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG.

Apa yang korang tahu tentang sarang burung ? agaknya dah ramai kot yang dah tahu .
Syahdan… maka tersebutlah kisah bahawa Jenis burung ini masyhur dengan gelaran WALET. Kata sifuku (pak fatech marzuki), nama walet berasal dari wallet iaitu dompet. Sebabnya, sarang walet yang dihasilkan dari liur burung layang-layang itu begitu tinggi harganya dan boleh membuahkan hasil yang cukup lumayan. Bayangkan sebiji sarangnya sahaja berharga dalam lingkungan 50 ke 60 ringgit. Itu harga sebelum ia di bersihkan… harga 1kg yang belum di bersihkan pula mencecah hingga 4 ke 5 'K'


 
 Bidang ini sebenarnya baru sahaja diceburi oleh orang-orang melayu… sebelum ini rahsianya tersimpan rapi… tetapi cuma ada sebuah kota walet dipinggiran kota Surabaya Indonesia. Kota itu kebanyakan pengusahanya berketerunan melayu. Kata sifu, usaha membina sarang burung walet di kawasan itu telah bermula sejak tahun 1901. Jika sesiapa pernah kesana anda akan melihat banyak bangunan-bangunan peninggalan Belanda yang sudah ditukar menjadi sarang walet. Jika dikawasan lain kebanyakan pengusahanya milik kaum cina dan arab. Jadi meraka jaga rahsia ini supaya tidak dikuasai orang-orang tempatan. Jadi sekarang apabila sudah diketahui kaum melayu, orang melayu berlumba-lumba membangunkannya.

Dulu Selalu juga aku terbaca antara makanan termahal hidangan maharaja-maharaja cina ialah sup sarang burung layang-layang. pernah aku terfikir agaknya spisis burung ini seharusnya paling mudah membiak di tanah besar cina. Tetapi setelah dibuat kajian ia sebaliknya… rupa-rupanya sup maharaja kuno ini diperolehi zaman berzaman dari pelayar-pelayar cina yang berlayar dan berlabuh di kepulauan Borneo. Kepulauan yang padanya terletak gua Niah di Sarawak. Apa yang unik, burung ini hanya biasa didapati bersarang di sekitar beberapa Negara di asia tenggara . itu sebabnya sarang burung walet begitu mahal….SubhanAllah Tanpa kita sedar, Allah telah mencurahkan nikmat rezekinya yang begitu bernilai kepada kita. Alangkah luasnya nikmat Allah… sukar dipercayai, rezeki itu sedang berterbangan di langit… Terbayang aku kisah Bani Israel yang dikurniakan mannau wa salwa

Satu lagi perkara yang menarik aku nak suggest… bagi sesiapa yang mahu membina kediaman baru.. tengok gambar ini...


 rumah salah seorang rakan kami. engineer dan pakar binaan sarang walet di Terengganu.. lihat di tingkat atasnya di upgrade dengan sarang walet...fikirkanlah seluruh ruang kosong di dalam atap rumah anda tersangatlah  luas.. Tetapi Rasanya sangat rugi jika tidak dimanfaatkan… mana tahu kan!! Hanya selepas lima atau enam tahun anda boleh melombong liur emas beratus ribu ringgit hanya di bumbung rumah sendiri ….. kalau anda berminat...kami akan bina rumah anda dan kalau anda masih tiada wang perlukan modal....pinjaman modal tambahan serta pengubahsuaian atap rumah anda akan kami uruskan dengan Agro Bank.... 






p/s: emmm...heheh ada sesiapa berminat nak cuba bina sarang burung walet ke? HASILNYA SANGAT LUMAYAN!!! TAPI JANGAN LUPA DARATAN YA!! hehee......









manna wassalawa (manisan berkhasiat dari syurga) dari syurga ketika mengikut nabi Musa a.s melarikan diri dari kekejaman firaun.

AROMA PERANGSANG SARANG WALET

                               



Suara Burung Walet kembali berbunyi seawal jam 6.00AM. Alhamdulillah lepas lama tak pulang ke Terengganu, sebenarnya aku rindu pada semua, rindu juga pada keriangan suaranya, walaupun pada awalnya aku tahu ianya Cuma bunyi CD PLAYER kicauan lagu nikah kahwin, tapi ianya betul-betul menasyikkan telinga yang mendengar apabila suara kaset bersilang siur dengan sahutan burung walet. CD tu aku dapat sendiri dari Pak Fatich ketika berkursus burung walet di Indonisia. Nama album itu dinamakan sendiri oleh Pak Fatich marzuki.

Samaran hebat itu diperoleh kerana fungsinya yang meransangkan walet untuk lebih cepat mencari pasangan. Keluar sahaja dari rumah ke halaman belakang, kelibat burung walet berpusing-pusing berkejaran riang. sungguh menenangkan fikiran. Tak sia-sia aku dan abah bekerja keras untuk siapkan projek perkongsian pintar menusia dan walet ini 6 tahun lepas, sekarang Alhamdulillah sudah menampakkan hasil yang cukup lumayan….

Setelah matahari sedikit meninggi, kumpulan walet tu berpecah membawa haluan masing-masing. Mencari serangga-serangga halus untuk di jadikan makanan…. Hehe petang nanti sebelum maghrib, aku takkan lepaskan peluang sekali lagi untuk menikmati suasana walet pulang ke sarang. Memang cukup indah…. Kalau terlalu leka, alamatnya boleh terlepas solat maghrib…..

Lewat pukul 11am aku keluar ke rumah walet pakde, tak lupa dengan AROMA PENGGALAK SARANG.. aku isikan saje dalam balang system penyembur dalam bangunan dan terus disembur secara automatik.. malas pula nak guanakan cara manual, mulanya tak tertahan dengan baunya, tapi apabila sudah terlalu biasa buat kerja ni, hidung pun dah mati bau. Apa yang penting, dengan aroma ini lah yang membuatkan sang walet makin cepat untuk bersarang. Sebelum sembur dengan aroma, walet Nampak macam takut dan malu untuk bersarang.

 
                                      Inilah keadaan dari dalam waktu aroma disembur

Berbusuk-busuk dahulu, bersenang-senang kemudian… bila burung dah cukup padat, tak perlu disembur lagi. Sebab burung walet sudah kenal rumah sendiri dan sudah terbiasa dengan suasana di dalam sarang.

sekadar berkonsi ilmu dengan pengusaha sarang burung layang-layang lain...
tapi kalau ade yang berminat dengan aroma hebat ini... anda boleh hubungi saya..
harganya cuma RM96 ringgit. Tidak termasuk kos penghantaran
bagi yang berminat untuk memberi 10 liter keatas...
harganya masih boleh durunding insyallah.... Tetapi bergantung juga pada harga semasa..

CARA MENGGUNAKANNYA
Semburkan WALET AROMA ke bahagian sirip kayu tempat burung walet ingin bersarang. Berikan tumpuan yang khusus pada bahagian permulaan pintu masuk dan pada tapak yang tinggi potensi bersarang. Seperti, sirip kayu yang sudah ada kesan najis walet di bawahnya. Kerana ia manandakan walet telah menjadikannya tempat tidur. Tetapi lebih baik jika disembur pada keseluruhan sirip kayu sarang walet.
Semburkan WALET AROMA sekurang-kurangnnya empat atau dua kali sebulan diperingkat awal pembinaan sarang. Kerana WALET AROMA mampu menggalakkan burung walet supaya lebih cepat membuat sarang serta mampu menghilangkan rasa asing dan stres burung walet.
Jika inginkan penjimatan, campurkan dengan satu liter air ke dalam setiap satu liter WALET AROMA.

Tuesday 8 March 2011

PROFILE GAMBAR PROJEK KAMI

Rumah walet Hj Hussin, Kg Tebakang, Terengganu
konsep : kediaman bersama walet, rumah kayu yg diubahsuai



Rumah Walet IR Wan Azhar Sulaiman
kg Alaur Damat , Terengganu.
konsep: perkongsian bijak dengan pengubahsuaian atap sbgi sarang walet



Rumah Walet Hj Hasan Saleh
Kg Alur Lintah, Besut, Terengganu.
kongsep penubahsuaian rumah. skrg sepenuhnya ditingkat tiga




Rumah Walet Ramli Abd Rahman
Kg Alur Damat, Terengganu
konsep: perkongsian bijak ditingkat dua


Rumah Walet Hj Arifin
Kg Tok Jiring Terengganu
kongsep: Perkongsian bijak dengan rumah walet ditingkat bawah



Rumah Walet : madrasah Darul Taqwa, Batu Enam Terengganu.
satu kelas di tingkat empat yg diubahsuai menjadi rumah walet



Rumah walet cikgu Mat Nor
bersambung di sebelah belakang rumah, lokasi indah ditepi pantai Marang ,Terengganu



Rumah Walet  Khairuddin di Kg Bukit Kubang Jambu, Terengganu



Rumah Walet supermarket Sabasun, Cendering Terengganu



R.W Kepten Mahfuz Kerteh Terengganu
rumah walet yg berkongsepkan pandangan sebuah Hotel



R.W Wan Hussin.
KG Bukit Bayas, Terengganu.



R.W Zaidi , KG Banggol Peradong, Terengganu



R.W IR Wan azhar Sulaiman
dua tingkat sedia ada, ruang atas yg desediakan utk memudahkan penambahan



R.W Nasir Ismail, di Kg Tebakang Terengganu.
berada ditengah-tengah kawasan perkebunan.



R.W UST Mohd Yaakub, di KG padang Hangus Terengganu



R.W HJH Fatimah, di Rusila Terengganu
Wahiwalet membaik pulih rumah walet rumah kayu yg tidak mesra burung walet
skrg Alhamdulillah telah pulih dan mendapat hasil yg lumayan.



PROFIL SYARIKAT

Nama Pertama:

                 Ir. Haji Wan Azhar Bin Sulaiman


Taraf Pendidikan: 
 B.Eng. in Civil Engineering (Hons), University Of Glasgow,Scotland, United Kingdom. ( 1987 )  


Keahlian Badan Profesional :
·        Lembaga Jurutera Malaysia, Professional Engineer ( Civil ).
·        Institut Jurutera Malaysia.  No. Keahlian: 24833. Bidang : Awam.
  


Nama Kedua :

                          CIKGU HJ HUSSIN  ISMAIL




PROFESSION DAN PENGALAMAN

WAHIWALET ENTERPISE (TR0095917K)
(DISAMPING MASING-MASING MEMPUNYAI DAN MENGURUS DUA RUMAH WALET SENDIRI-(2005-SEKARANG)

WAHIWALET


·         Membangun , memberikan khidmat nasihat dan membina rumah walet secara ‘design and build’  semenjak 2006

·         Konsep ‘Design and Build Wahiwalet’  adalah membangun rumah Walet beserta semua sistem lengkap  dan mengambil tanggungjawab Pemantauan  sehingga burung walet mula bersarang.

·         Pada 2008 mengikuti Progrem exclusice  dan intensive bimbingan Bapak Prof Hj Fatich Mazuki, tokoh  dan perunding walet terkenal Indonesia,Setiausha Agong Persatuan Budidaya Walet Indonesia dan Direktur Biro Pusat Rehabilitasi Sarang Burung Walet Indonesia  juga Bersama  Bapak Hj Nurhamid, Pengusaha dan perunding Walet terkenal Indonesia, (LIURMAS INDONESIA).

·         Menyampaikan taklimat dan kursus budidaya walet termasuk kapada Agensi-agensi kerajaan saperti Jabatan Haiwan Negeri Terengganu, Majlis Perbandaran Kelang serta badan-badan lain. Sehingga kini kami sudah membangunkan lebih 50 buah rumah walet  Disamping membaikpulih rumah walet yang bermasalah  Termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.